
Tentang kami
Kami mula sebab gambar asyik hilang begitu sahaja
Kawasan liputan kami
Kami beroperasi dari Kuantan dan cover Kuantan, Pekan, Gambang dan Kemaman. Transport dah termasuk dalam bandar Kuantan. Untuk tempat lain dalam jangkauan, kami kira caj transport dari venue anda dan masukkan dalam quotation sebelum anda commit apa-apa. Kalau anda di luar kawasan kami, kami akan bagitahu terus terang, bukan ambil tempahan lepas tu memandu tergesa-gesa.
Transport percuma dalam bandar Kuantan
Di luar radius 35 km: RM2.60 sekilometer
Peta ini gambaran kasar kedudukan, bukan skala sebenar.
- Kuantan
- Pekan
- Gambang
- Kemaman
Tak pasti pakej mana sesuai?
Bagitahu kami venue dan anggaran berapa ramai tetamu. Kami cadangkan pakej yang betul-betul sesuai, termasuk kalau yang paling murah pun dah memadai.



