Terma & Syarat
Kemas kini terakhir: 15 Ogos 2026
Terma ni mengawal perkhidmatan sewa photobooth yang disediakan oleh Workhardt Art, beroperasi sebagai Kenangan Kita. Dengan membayar deposit RM100, atau dengan membayar penuh semasa checkout, anda menerima terma ni.
1. Tempahan, pembayaran dan penjadualan semula
Deposit tempahan: bayaran deposit sebanyak RM100 diperlukan untuk mengesahkan slot tarikh anda. Slot tidak dianggap sah sehingga resit pembayaran dihantar dan borang tempahan diisi.
Bayaran penuh: anda juga boleh menjelaskan keseluruhan tempahan semasa checkout. Ia tidak mengubah mana-mana terma lain, dan terma pembatalan di bawah masih terpakai ke atas bahagian deposit RM100 tersebut.
Baki bayaran: baki penuh bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh event.
Caj yang ditambah kemudian: perjalanan melebihi radius percuma kami, jam tambahan dan idle time diquote berasingan dan diinvois selepas event. Ia bukan sebahagian daripada jumlah yang diambil semasa checkout.
Dasar pembatalan: deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 60 hari atau kurang dari tarikh majlis.
Penjadualan semula (reschedule): sebarang pertukaran tarikh adalah tertakluk kepada kekosongan slot pada tarikh pindaan yang dipohon.
2. Cara bayaran diambil
Bayaran melalui laman web ni diproses oleh penyedia pembayaran berlesen Malaysia kami di halaman selamat mereka sendiri. Kami tidak pernah melihat, mengendali atau menyimpan maklumat kad atau perbankan anda pada bila-bila masa.
Kaedah yang diterima adalah apa sahaja yang penyedia tersebut diluluskan untuk tawarkan kepada kami, yang mungkin termasuk kad debit dan kredit, perbankan dalam talian, e-wallet dan pelan ansuran. Apa yang tersedia untuk anda ditunjukkan di halaman pembayaran itu sendiri.
Ansuran: di mana pilihan ansuran atau buy-now-pay-later ditawarkan, perjanjian kredit tersebut adalah antara anda dengan penyedia itu, bukan dengan kami. Kami dibayar penuh pada masa pembelian. Ansuran yang tertunggak adalah urusan antara anda dengan mereka, dan dengan sendirinya tidak mengubah atau membatalkan tempahan anda.
Resit anda datang daripada penyedia pembayaran. Minta pada kami dan kami keluarkan invois berasingan di bawah pendaftaran SSM kami.
Setiap tempahan diberi rujukan bermula dengan KK. Sebut rujukan tu setiap kali anda menulis kepada kami berkenaan bayaran.
3. Keperluan venue
Bumbung dan lantai: Kenangan Kita menyediakan perkhidmatan di ruang yang mempunyai bumbung kekal dan lantai keras yang rata. Ini termasuk ruang berbumbung di luar bangunan utama, seperti ruang legar berbumbung atau anjung. Ruang terbuka langit, serta lantai rumput atau pasir, tidak boleh diterima: kelengkapan mestilah terlindung sepenuhnya daripada cahaya matahari secara langsung, hujan dan angin kencang, dan lantai mestilah mampu menanggung berat booth.
Ruang kerja: pelanggan perlu menyediakan ruang rata sekurang-kurangnya 10 × 10 kaki untuk kelengkapan booth dan barisan tetamu.
Sumber kuasa: punca kuasa elektrik yang stabil mestilah tersedia dalam jarak 5 meter dari lokasi setup.
Masa persediaan: crew akan tiba kira-kira 60 minit lebih awal untuk setup. Booth akan siap sedia untuk ujian 15 minit sebelum waktu operasi bermula.
Caj vendor luar: sebarang caj, fi kemasukan, atau deposit yang dikenakan oleh pihak pengurusan venue (seperti hotel atau dewan) ke atas vendor luar hendaklah ditanggung dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak pelanggan.
4. Operasi dan liabiliti
Waktu operasi: perkhidmatan berjalan mengikut tempoh jam yang dipersetujui dalam borang tempahan. Kelewatan majlis tidak akan melanjutkan waktu operasi kecuali dengan persetujuan crew, dan caj tambahan mungkin dikenakan.
Penjagaan peralatan: pelanggan bertanggungjawab memastikan tetamu menggunakan peralatan dan props dengan cermat.
Kerosakan: sebarang kerosakan pada peralatan (kamera, printer, lampu, skrin) atau props akibat kecuaian atau penggunaan kasar oleh tetamu adalah di bawah tanggungjawab kewangan pelanggan.
Masa menunggu (idle time): sekiranya pelanggan meminta photobooth dipasang lebih awal daripada waktu operasi yang dipersetujui, caj idle time sebanyak RM30 sejam akan dikenakan, maksimum RM100.
5. Privasi dan hak milik data
Tujuan promosi: Kenangan Kita berhak menggunakan foto dari event tersebut untuk tujuan promosi (media sosial atau portfolio) kecuali jika pelanggan meminta sebaliknya secara bertulis sebelum event bermula.
6. Isu teknikal
Gangguan teknikal kecil: pihak kami akan cuba baiki kerosakan dengan segera. Masa operasi yang terjejas mungkin akan diganti dan ditambah pada penghujung sesi.
Kerosakan peralatan utama: jika photobooth tidak dapat beroperasi sepenuhnya, pemulangan wang secara pro rata akan dibuat berdasarkan baki masa perkhidmatan yang tidak digunakan.
Kejadian luar jangka (force majeure): tiada pemulangan wang akan diberikan bagi pembatalan perkhidmatan yang berpunca daripada cuaca ekstrem atau gangguan bekalan elektrik di lokasi majlis.
7. Caj pengangkutan
Quotation adalah termasuk kos pengangkutan untuk kawasan bandar Kuantan. Untuk event di luar radius 35 km, caj pengangkutan tambahan sebanyak RM2.60 sekilometer akan dikenakan berdasarkan jarak lokasi.
8. Apa yang kami hantar, dan bila
Tiada apa-apa dipos atau dihantar melalui kurier kepada anda. Ini perkhidmatan di lokasi: crew, booth dan printer datang ke venue anda, cetakan diserahkan kepada tetamu sebaik ia diambil, dan gambar anda dihantar dalam talian selepas tu.
Galeri klien peribadi anda menyusul dalam tempoh 48 jam selepas event. Masa penuh dinyatakan dalam Dasar Penghantaran Perkhidmatan kami, yang menjadi sebahagian daripada terma ni.
9. Larangan penjualan semula
Pelanggan dilarang sama sekali mengenakan sebarang caj, tiket, bayaran penggunaan, atau menjual semula perkhidmatan photobooth ini kepada tetamu yang hadir. Sekiranya aktiviti ini dikesan, pihak Kenangan Kita berhak menghentikan perkhidmatan serta-merta tanpa sebarang pemulangan wang.
10. Persetujuan terma
Dengan membayar deposit sebanyak RM100, anda secara automatik bersetuju dengan segala terma dan syarat yang dinyatakan di atas.
Terma ni ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
Hubungi kami
Workhardt Art (SSM 202503002630 (JR0172402-X))
Kuantan, Pahang, Malaysia
[email protected]·+60 11-6567 9694
